Aktiviti kedua kami kali ini ialah untuk terjah 3 tempat dalam satu malam. Kami mulakan dengan rumah kosong di Kg. Belengu Temerloh. Menurut sumber lisan yang kami dapat, kawasan rumah tersebut memang dikenali berpenunggu oleh penduduk setempat. Kami memulakan aktiviti kami di rumah tersebut pada jam 1 pagi.
Di permulaan pencarian rumah tersebut, kami hampir sesat jauh kerana langsung tiada lampu jalan dan cuaca hujan membataskan penglihatan kami mencari lokasi rumah tersebut. Setelah hampir 30 minit kami mencari akhirnya kami tiba di lokasi yang dimaksudkan. Berikut merupakan gambar secara rawak kami ambil di lokasi. Di akhir entry ini kami akan tunjukkan kepada anda apa yang kami dapat di dalam gambar.
Selesai di lokasi pertama, kami memulakan langkah ke lokasi kedua iaitu di Kuarters Kerajaan di Stadium Temerloh. Tidak sukar mencari lokasi kedua kerana berhampiran dengan bandar Temerloh. Terdapat lebih kurang 9 rumah kosong tetapi kami hanya memasuki 3 rumah sahaja kerana rumah selebihnya dipenuhi dengan semak-samun. Berikut merupakan gambar yang diambil secara rawak di lokasi kedua. Di akhir entry ini kami akan tunjukkan kepada anda apa yang kami dapat di dalam gambar.
Setelah selesai di lokasi kedua, kami bergegas ke lokasi ketiga iaitu di perumahan terbengkalai di Kg. Chatin Mentakab. Setibanya di lokasi, seperti biasa kami terpaksa melalui kawasan semak-samun kerana kawasan perumahan tersebut tidak terjaga dan kami terpaksa memanjat tembok tinggi untuk masuk ke dalam rumah tersebut. Dianggarkan ada 7-8 rumah terbengkalai di kawasan tersebut. Berikut merupakan gambar yang diambil secara rawak di lokasi ketiga. Di akhir entry ini kami akan tunjukkan kepada anda apa yang kami dapat di dalam gambar.
Apa yang anda dapat lihat didalam gambar diatas ? Di bawah ini kami tandakan beberapa gambar entiti yang kami temui sepanjang kami melakukan aktiviti paranormal kami di ketiga-tiga tempat tersebut.
![]() |
Kelibat Abang " Cong " |
![]() |
Kelibat Seseorang Mengintai Kami Dari Tingkap |
![]() |
Ada Entiti Diatas Pokok Seperti Seseorang Sedang Duduk |
![]() |
Kelihatan Entiti Seperti Wajah Seseorang |
Sekian sahaja entry untuk aktiviti kedua kami. Kami mengalu-alukan anda untuk berkongsi artikel ini kepada rakan-rakan di laman sosial bagi menyokong aktiviti kami. Terima kasih