AKTIVITI PARANORMAL 1 - Taman Rekreasi Tasik Chatin Mentakab

Posted by Labels: at
Aktiviti pertama Saka Xtreme ialah di Taman Rekreasi Tasik Chatin Mentakab Pahang. Sebelum kami membuat aktiviti paranormal di taman tasik tersebut, kami akan mencari beberapa sumber lisan daripada mereka yang mempunyai maklumat tentang taman tasik yang dikatakan berpuaka. Setelah mendapat sumber lisan daripada mereka yang berkenaan, kami akan membandingkan kesemua sumber yang kami terima untuk mendapat kesamaan maklumat tentang taman tasik tersebut.



Persamaan maklumat yang kami terima diantaranya ialah salah seorang penduduk berdekatan taman tasik tersebut pernah melihat lembaga merangkak dari satu pokok ke pokok yang lain di taman tasik. Persamaan maklumat yang lain pula, pernah seorang kaki pancing pernah memancing di taman tasik tersebut pada waktu malam. Ketika beliau membaling joran, tiba-tiba kelihatan tali joran lain dibaling kearah tasik melalui belakang si pemancing. Kami juga mendapat maklumat bahawa pengawal keselamatan di taman tasik tersebut tidak pernah meronda untuk kawalan di sekitar taman tasik. 




Setelah kami mendapat kesamaan maklumat didalam sumber yang kami terima, kami menetapkan tarikh dan masa untuk ke taman tasik tersebut. Kami melakukan aktiviti paranormal pertama kami pada hari ahad 27/11/2016 jam 11 malam. Kami tidak mempunyai peralatan canggih untuk merekod aktiviti kami, sekadar kamera biasa, lampu suluh dan sedikit "pemanggil" untuk aktiviti ini.  Kami masuk ke taman tasik tersebut melalui jalan belakang yang berbukit dan semak samun. Dibawah merupakan beberapa gambar yang kami ambil sepanjang aktiviti paranormal kami. 





Apa yang anda lihat didalam gambar bukanlah sengaja ditambah atau efek sampingan. Gambar diatas merupakan gambar asli daripada kamera kami. Sepanjang aktiviti ketika kami berhenti di pondok rehat taman tasik tersebut, kami mula merasakan setiap langkah kami "berat" dan seperti ada yang memerhatikan kami. Ketika kami berjalan membuat satu pusingan di taman pula kami terbau satu haruman wangi seperti bau bunga kemboja. Aktiviti kami tamat pada jam 3 pagi. 

Sekian sahaja perkongsian untuk aktiviti paranormal pertama kami. Dalam masa terdekat kami akan melakukan aktiviti yang kedua yang lokasinya sudah ditetapkan. Hanya menunggu tarikh dan masa untuk kami kesana. Terima kasih sudi membaca dan jika berminat anda boleh kongsikan artikel ini di laman sosial anda untuk terus menyokong kami melakukan aktiviti paranormal ini. 
Post a Comment

Back to Top